• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM59 Bilion Diguna Untuk Simpanan Shariah 2017

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa sehingga 23 Disember, 2016, sebanyak RM59.03 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata seramai 635,037 ahli telah bertukar kepada Simpanan Shariah, dengan majoriti, iaitu 99.41 peratus adalah ahli beragama Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi Simpanan Shariah 2018, lembaga pengarah telah memperuntukkan RM50 bilion sebagai suntikan dana kedua.

“Kami menjangkakan sekurang-kurangnya separuh daripada peruntukan permulaan RM100 bilion akan terguna dan statistik terkini sememangnya amat menggalakkan.

Kami berada di landasan yang betul dalam mempertingkat pelaburan aset Shariah kami.

“Lebih kurang 45 peratus aset pelaburan KWSP adalah patuh Shariah dan kami menjangkakan aset ini akan berkembang tidak kurang daripada purata RM25 bilion setahun,” katanya.

Simpanan Shariah diperkenalkan pada Ogos 2016 sebagai pilihan untuk ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada akaun yang ditadbir dan dilaburkan mengikut prinsip Shariah.

Ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2018 boleh berbuat demikian sebelum 24 Disember, 2017. – BERNAMA

Tags: KWSPsimpanan shariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd