• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Daripada 16 Mayat Dikenal Pasti Bukan Beragama Islam

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH17 adalah bukan Islam manakala selebihnya lagi beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, sebanyak 22 daripada mereka adalah bukan Islam.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk membawa pulang 16 mayat tersebut ke tanah air, esok.

Beliau berkata empat wakil agama bukan Islam iaitu Ven Sing Kan (Buddha), Datuk Mohan Shan (Hindu), Haracharan Singh (Sikh) dan wakil Tao, Daozhang Tan Bon Sin akan melakukan upacara sembahyang serta menyempurnakan jenazah mengikut kehendak dan kepercayaan agama masing-masing di Amsterdam, Belanda.

Kurup berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemergian empat wakil agama itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam ini.

“Empat wakil agama ini akan diiringi oleh dua pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memastikan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata mangsa nahas MH17 yang beragama Kristian akan diuruskan dan diselaras oleh Rev Claas Ban Der Kamp daripada Majlis Gereja Belanda.

Beliau berkata kerajaan akan menghormati pilihan ahli keluarga mangsa sama ada disemadikan di Belanda atau dibawa pulang ke Malaysia.

“Kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh MAS,” katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: MH17
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd