• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Kamal Adli… Intan Ladyana Nafi Dah Ada Teman Baru

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana menegaskan lelaki di sampingnya dalam beberapa foto yang disebarkan di dalam blog bukan kekasihnya seperti yang didakwa beberapa pihak.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berasa terkejut apabila dia diandaikan sudah mempunyai kekasih baharu hanya berdasarkan foto yang diambil bersama rakan-rakannya itu.

“Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih.

“Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia,” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi Whatsapp pada Isnin.

Intan kini sedang menjalani penggambaran Gugurl Propa di Switzerland. Ia akan disiarkan menerusi siaran Hypptv pada 1 Disember ini.

Pada Ahad lalu, foto Intan bersama rakan-rakannya yang dimuat naik di Instagram milik pelakon itu telah disebarkan di beberapa blog.

Foto tersebut menjadi tanda tanya beberapa pihak apabila Intan dilihat sering bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu. Penyanyi Yuna turut berada dalam foto berkenaan.

Sementara itu, Intan berharap foto-foto yang disebarkan itu tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan ia hanyalah foto biasa.

Ditanya adakah Intan masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta, katanya, dia lebih selesa menikmati kehidupan solo buat sementara waktu ini.

“Belum lagi buat masa ini, tunggu dululah,” ujarnya yang baru saja selesai penggambran filem Adik Abang bersama pelakon Farid Kamil, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim.

Terdahulu, Intan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun. Namun aktres itu mendedahkan mereka telah pun putus pada pada akhir Ramadan lalu. – mStar Online

Tags: Intan Ladyana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Akan Beritahu Bila Saya Betul-Betul Nak Kahwin…

11/05/2017
0

PELAKON Intan Ladyana memberitahu dia tidak mahu lagi bercerita tentang hal peribadi dan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kepada umum...

Intan Janji Macam-Macam Sebelum Putus – Kamal Adli

12/12/2014
0

Kamal Adli mendedahkan, seminggu sebelum berpisah, mantan kekasihnya, Intan Ladyana banyak melafazkan janji terhadap hubungan mereka. Ujar Kamal kepada akhbar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd