• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota TLDM Bebas Tuduhan Pukul Orang Awam

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menarik nafas lega hari ini selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memukul orang awam dua tahun lalu.

Mohd Fiazal Osman, 39, berpangkat Bintara Muda; Mohammad Hafzaz Basir, 28, (Laskar Kelas Satu) dan Muhamad Firdaus Asyraff Darus, 26, (Laskar Kanan) bersalaman antara satu sama lain selepas mendengar keputusan itu.

Keputusan dibuat Majistret Nur Shaqira Ibrahim selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mohd Fiazal, Mohammad Hafzaz dan Muhamad Firdaus dituduh menyebabkan kecederaan kepada Nordin Yappa, 24, di Lorong Kecil Kelab Satit Town di Jalan Medan Sejahtera, Sitiawan pada 2.30 pagi 23 Apr 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhana Hashim manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Sukhdave berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan kes sejak April 2015. – BERNAMA

Tags: mahkamahTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd