• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump, Presiden AS Tertua Dalam Sejarah

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Apabila Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 Jumaat ini, beliau akan menjadi presiden paling tua dipilih dalam sejarah negara itu.

Purata usia kesemua 44 Presiden AS yang mentadbir Rumah Putih hanyalah 55 tahun sementara Trump kini berusia 70 tahun.

Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.

George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinannya dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901.

Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu.

John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun. – Agensi /BH ONLINE

Tags: Presiden Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden AS

21/01/2021
0

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung,...

Biden Hampir Menang Pemilihan Presiden, Trump Meroyan

06/11/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden, makin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd