• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu 4 Anak Didakwa Bunuh & Cederakan Anak Kandung

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seorang ibu empat anak dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas empat pertuduhan iaitu membunuh, menyebabkan cedera parah dan menganiaya tiga anak kandungnya termasuk sepasang kembar lelaki.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Siti Nurraihan Ahmad, 24, bagi pertuduhan membunuh selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Siti Nurraihan didakwa membunuh seorang daripada anak kembarnya, Muhammad Aqeel Arfan Abdullah, yang berusia dua tahun 11 bulan, di Aparment Teratai, Jalan Sutera 1/5, Taman Sutera, Hulu Langat di sini pada 12 tengah malam, 9 Jan lepas.

Bekas pembantu kafe itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan lain iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah dan menganiaya seorang lagi anak kembarnya yang berusia dua tahun 11 bulan di alamat sama di antara Ogos 2016 dan Januari tahun ini.

Bagaimanapun, Siti Nurraihan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan keempat iaitu menganiaya bayi perempuannya yang berusia sembilan bulan di tempat dan tarikh sama.

Bagi kesalahan menyebabkan cedera parah, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan menganiaya, dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula keempat-empat kes itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd