• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Cedera Kenderaan Pacuan 4 Roda Langgar Bas Persiaran

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki cedera parah manakala isterinya serta tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bas persiaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Pasangan berumur 50-an dan 40-an serta kanak-kanak bawah 12 tahun itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Rozmi Che Hamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

“Anggota yang berada di tempat kejadian terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan lelaki yang tersepit dalam kereta Toyota Hilux itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dua pemandu bas serta enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: Kes Kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Kawasan ‘Panas’ Sering Terlibat Kemalangan

27/01/2019
0

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengenalpasti 16 kawasan 'panas' di seluruh negeri ini yang sering mengakibatkan berlakunya kemalangan terutama ketika...

Pemandu Korban 4 Nyawa Sekeluarga, Ada 18 Saman

30/09/2017
0

PEMANDU treler beras yang terlibat dalam nahas mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 52 Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan semalam, dilaporkan memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd