• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musnah 430,000 Unggas Akibat Selsema Burung

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOFIA – Bulgaria memusnahkan kira-kira 430,000 unggas sejak pertengahan Disember lalu susulan penularan sejenis wabak selsema burung dikesan merebak ke 55 ladang di negara itu, kata Menteri Pertanian Dessislava Taneva, hari ini.

Negara Balkan itu turut merekodkan empat kes selsema burung dalam ternakan itik liar.

Ketika ini, Bulgaria sudah melaksanakan sekatan pasaran unggas dan pemburuan burung dengan membelanjakan lebih AS$543,714 (RM2.42 juta) bagi membunuh unggas dalam percubaan mengekang wabak itu.

“Di Bulgaria, kami biasanya mengesan selsema burung di kalangan burung liar sejak beberapa tahun lalu.

“Ini adalah kali pertama terlalu banyak ladang dijangkiti,” kata Taneva kepada radio Darik.

Katanya, wilayah Plovdiv, di selatan negara itu adalah paling teruk terjejas akibat virus H5N8, memaklumkan kira-kira 300,000 unggas sebahagian besarnya itik dimusnahkan dan baki 130,000 lagi dimusnahkan hari ini.

Pihak berkuasa juga sudah menguatkuasakan zon kuarantin di ladang yang terjejas.

Taneva berkata, lebih 800 kes jangkitan selsema burung dikesan di Eropah sejak Oktober lalu dengan Jerman dan Perancis paling teruk terjejas. – Reuters/BH ONLINE

Tags: BulgariaSelesema Burung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

22/10/2022
0

AMSTERDAM: Pihak berkuasa kesihatan memantau aktiviti penghapusan kira-kira 44,000 ayam belanda di sebuah ladang di selatan negara ini, susulan pengesanan...

16 Juta Ayam, Itik Dijangkiti Selesema Burung Dihapuskan Di Perancis

04/05/2022
0

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan burung ternakan lain dihapuskan sejak November tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd