• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50: PM Akan Bersemuka Dengan Golongan Belia

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Berbeza daripada kelaziman, sesi dialog perdana mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada Khamis depan (19 Januari) bakal menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya soalan kepada golongan muda bagi mendapatkan input dan cadangan mengenai gagasan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan ‘terbalik’ di mana Perdana Menteri yang bertanyakan soalan dalam sesi dialog berkenaan adalah selaras dengan pendekatan dan prinsip TN50 bagi mendapatkan input rakyat.

“Ini adalah proses kita mendengar (rakyat) bukan dia (rakyat) mendengar kita. Kalau prosesnya adalah ‘top to down’ (atas ke bawah), bolehlah kita buat sesi dialog biasa, dia (belia) tanya soalan, PM (Perdana Menteri) jawab,”katanya dalam temu bual bersama media mengenai TN50 di pejabatnya di sini.

TN50, yang digagaskan Najib, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. Ia akan dimulakan dengan penglibatan generasi muda melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Khairy berkata, seramai 500 belia, yang merentasi semua komuniti belia yang mewakili semua negeri di Malaysia, dipilih untuk menyertai dialog itu yang akan diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Khairy berkata, sesi dialog TN50 juga akan diadakan di peringkat negeri bagi mengumpul pandangan dan suara 1.5 juta generasi muda Malaysia sepanjang tahun ini.

Beliau berkata kerajaan serius untuk mendengar semua pandangan generasi muda sebelum ia dinilai dan didokumenkan menjadi sebahagian daripada pelan tindakan hala tuju 30 tahun negara.

Beliau turut menyarankan supaya wacana TN50 dimanfaatkan sebagai platform bagi membincangkan mengenai masalah negara pada masa 30 tahun akan datang kerana masalah hari ini boleh dibincangkan dalam forum lain.

“Kita akan dengar semua. Kita akan dokumenkan semua pandangan. Dan pandangan-pandangan, cadangan-cadangan tersebut kita akan pilih yang mana kita rasa relevan berdasarkan cabaran negara pada 30 tahun yang akan datang.

“Sudah pasti kita akan menerima pandangan-pandangan yang kritikal, negatif itu kita terima. Sebab ini adalah perbincangan awam. Kita tidak boleh pilih mana pandangan kita hendak dengar, mana pandangan kita tidak hendak dengar.”

Pada akhir tahun depan, katanya satu rumusan dalam bentuk dokumen dasar mengenai TN50 akan diumumkan.

Khairy berkata apabila selesai sesi pungutan suara tahun ini, sesi perbincangan TN50 pada tahun depan akan lebih fokus dan melibatkan pakar-pakar supaya cadangan dan pandangan yang diterima dapat diperhalusi mereka yang pakar dalam bidang berkenaan sama ada realistik ataupun tidak untuk Malaysia.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa TN50 adalah program bersifat politik memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tahun ini, Khairy menolak tanggapan itu.

“Kita pun tidak tahu siapa yang akan membentuk kerajaan pada 2050. Tetapi, kalau proses ini datang daripada rakyat, mereka (kerajaan pada 2050) tidak boleh mengetepikannya. Sebab, ini adalah hasil perbincangan dengan rakyat. Bagi saya, cara kita melaksanakannya juga menunjukkan bahawa ia bukanlah bersifat politik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd