• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhati-Hati Keluar Kenyataan Mengenai Sekolah Agama

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan terhadap sistem pendidikan terutama sekolah aliran agama di negara ini.

Mahdzir berkata, jika ada pihak yang ingin mengaitkan sekolah agama sebagai ancaman kepada perpaduan, mereka perlu terlebih dahulu memahami latar belakang pendidikan agama di negara ini yang sangat panjang.

“Tidak patut menuding jari mengatakan sekolah agama ada kaitan dengan mana-mana pihak pengganas kerana semuanya di pantau rapi oleh kerajaan walaupun ia sekolah persendirian.

“Jika ada insiden yang berlaku, pihak yang mendakwa perlu spesifik dan tidak melabelkan sekolah agama secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Program Anak Angkat Universiti Sains Malaysia (USM), di Kampung KEDA, Pasir Putih, Kuala Nerang di sini, hari ini.

Katanya lagi, kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) atau sekolah agama yang menggunakan bahasa ibunda adalah bukti kepelbagaian bangsa di negara ini dan ia perlu dihormati.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau mendakwa sekolah agama sebagai ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini namun selepas mendapat kririkan beliau menarik balik kenyataan itu.

Mengulas perkara itu Mahdzir berkata sekolah agama bermula (pada zaman lampau) sebagai sekolah pondok yang menjadi medium pendidikan tidak formal bagi masyarakat Melayu mempelajari agama.

“Sekolah ini terus berkembang dan menjadi pusat pendidikan akademik berasaskan kurikulum rasmi negara malah berfungsi sebagai pusat pendidikan akhlak dan moral serta pembangunan insan sejak puluhan tahun.

“Jadi, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan menuduh mana-mana sekolah yang ada dalam sistem pendidikan di negara ini terbabit dalam aktviti keganasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maahad TahfizMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

27/11/2023
0

KEPALA BATAS : Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul di sini, musnah dalam...

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd