• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lindsay Tulis ‘Alaikum Salam’ Di IG, Padam Semua Gambar

oleh AK-47
15/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG sensasi Hollywood, Lindsay Lohan terus menerus menimbulkan sensasi dan tanda tanya netizen seluruh dunia mengenai agama yang dianuti.

Jika dahulu, Lohan mencetuskan kontroversi apabila dirakam memeluk senaskhah Al-Quran dan memuat naik ayat kitab suci umat Islam tersebut menerusi akaun laman Instagramnya.

Terbaharu, pelakon Mean Girls itu mengejutkan ramai apabila bertindak memadam semua gambar di laman Instagram dan menulis ayat ‘Alaikum Salam‘ di bahagian bio pada laman sosial itu.

Alaikum Salam adalah ucapan sapaan lazim penganut Islam yang membawa maksud ke atas kamu kesejahteraan.

Tindakan anehnya itu lantas mendapat perhatian media seluruh dunia hinggakan ada yang percaya dia yang baru berusia 30 tahun sebagai sudah memeluk Islam.

lindsay-lohan

Pun begitu, Lohan belum mengulas mengenai isu itu namun ada menjelaskan perbuatannya memadam semua gambar kerana dia mahu melupakan masa silam.

“Ia adalah simbolik kepada diri saya untuk melepaskan masa silam dan bergerak ke hadapan yang sangat terapeutik,” katanya kepada portal Express.co.uk.

Untuk rekod, aktres itu pernah menghabiskan masa menjadi sukarelawan di kem-kem pelarian di Turki dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sendiri di Dubai.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang berpendapat menulis Alaikum Salam belum tentu dapat menggambarkan agama dianuti seseorang.

Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lindsay lohan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lindsay Berhijab Rai Minggu Fesyen Sopan London

21/02/2018
0

ANGGUN... Jika sebelum ini aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan pernah cetus sensasi konon memeluk agama Islam selepas mengunakan status ‘Assalamualaikum’...

Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

18/01/2018
0

PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd