• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Mazlein Pasang CCTV Sebagai Langkah Keselamatan

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Elly Mazlein memberitahu dia baharu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya sebagai langkah keselamatan untuk diri sendiri dan anaknya.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 37, berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku selain memastikan individu yang tidak bertanggungjawab dapat dikesan di kawasan kediamannya.

“Tahap kawalan di rumah saya memang agak ketat sekarang, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Saya juga baru pasang CCTV untuk keselamatan kerana tidak mahu ada individu yang buat onar atau tidak bertanggungjawab berada di kediaman saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Elly ditemui pada majlis pembukaan salun Aveda di Pavillion, di sini, Jumaat.

Sementara itu, ditanya tentang beberapa pendedahan yang dibuat di laman sosial Instagram mengenai bekas suaminya, Elly berkata ia merupakan salah satu cara untuk dia meluahkan kebenaran yang berlaku.

Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini, berkata, apa yang dikongsinya di laman sosial bukanlah fitnah.

“Saya tidak mahu berdiam diri macam dahulu sehingga muka saya dipijak. Saya akan terus buat pendedahan dan kenyataan di laman sosial tentang sesuatu yang tidak betul.

“Apa yang saya kongsikan itu dan bukannya sesuatu yang saya bercakap bohong. Biar orang luar yang menilai sendiri,” ujarnya.

Elly dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonan dan nyanyian, Elly berkata rezekinya semakin bertambah.

Dia sudah mengikat kontrak sebagai artis bawah KRU Music dan bakal keluar dengan sebuah album.

“Alhamdulillah, saya akan mula berlakon pada April ini dan baru saja mengikat kontrak sebagai artis bawah KRU Music.

“Saya percaya syarikat rakaman itu mampu mengaturkan kerjaya nyanyian saya pada tahap terbaik,” ujarnya. – mStar Online

Tags: CCTVELLY MAZLEIN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd