• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Papa J Meninggal Dunia Usia 55 Tahun

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS anggota kumpulan duo Asiarasa, Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai Papa J telah kembali rahmatullah kira-kira jam 9.50 malam tadi dalam usia 55 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital akibat pendarahan kepala selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di depan pintu bilik air di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, pagi semalam.

Menurut abang allahyarham, Mohamad Sani, 57, Jamal ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang pekerjanya yang datang ke rumah itu untuk keluar berniaga pada jam 10.15 pagi.

“Saya dan isteri tidak tahu kejadian sebenar kerana dia tinggal seorang diri. Pagi tadi apabila salah seorang pekerjanya tiba di rumah untuk pergi berniaga, dia mendapati Jamal tidak sedarkan diri.

“Dia ditemui terlantar di depan pintu bilik air sementara air gula yang dimasak juga sudah kering,” katanya kepada Harian Metro.

Sani yang tinggal bersebelahan rumah Jamal juga memberitahu, sikap allahyarham juga sangat lain sejak kebelakangan ini sebelum pemergiannya.

“Baru-baru ini sikapnya sangat lain apabila memberitahu kakak bahawa dia tidak tahu berapa lama lagi akan hidup,” tambahnya.

Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Buat peminat Gegar Vaganza, pastinya kenal dengan Papa J kerana Allahyarham merupakan penyeri dan penonton setia ketika program realiti itu bersiaran langsung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: meninggal duniaPapa J
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd