• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Jurujual Pepsi Cola Ditabal Jadi Raja Rwanda

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang lelaki warga Britain yang tinggal di sebuah flat di Manchester dan pernah menjadi jurujual Pepsi Cola, kelmarin diisytiharkan Raja Rwanda.

Putera Emmanuel Bushajiya yang tinggal dalam buangan dan menetap di Britain sejak 2000 ditabalkan sebagai Raja Yuhi VI, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat istana raja sebelum ini.

Pelantikan Bushajiya dibuat beberapa minggu selepas seorang rakyat Britain lain yang penah bekerja sebagai pengawal keselamatan di London memenangi pilihan raya Presiden Gambia.

Menurut laporan The Times, Bushajiya yang diterima menjadi rakyat Britain beberapa tahun lalu tinggal di sebuah flat di Old Trafford sebelum berpindah ke sebuah rumah teres di Sale.

Dia kini mengendalikan sebuah syarikat keselamatan, menurut dokumen perniagaan.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat istana raja sebelum ini berbunyi: “Majlis Diraja Rwanda dengan ini memaklumkan kepada semua warga Rwanda dan sahabat Rwanda, sebagai mengekalkan budaya lama, dengan ini menamakan Putera Emmanuel Bushajiya sebagai pengganti mendiang raja.”

Raja sebelum ini, Kigeli V mati dalam kemiskinan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Kigeli, bapa saudara Bushajiya tidak mempunyai anak. – Agensi/myMetro Online

Tags: jurujualRaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar

“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan hanya sekadar 'angguk-angguk' ketika menghadap sultan atau raja. Menurutnya,...

“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim

“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim

05/06/2026
0

MELAKA - Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyeru semua pihak memberikan taat setia kepada Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd