• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Johor Gagalkan Seludup Masuk Rokok Putih

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan penyeludupan masuk 986,000 bungkus rokok putih bernilai RM11.511 juta termasuk cukai di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini Sabtu lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kesemua rokok jenama ‘Modeng’ yang dibawa masuk menggunakan sebuah kapal itu dikesan sepasukan anggota kastam yang melakukan pemeriksaan terhadap dua kontena kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Terdahulu, anggota kastam yang menyemak daftar muatan kapal terbabit pada Jumaat lepas mendapati kapal itu membawa dua kontena yang diisytihar sebagai membawa pelbagai barangan yang diimport sebuah syarikat beralamat di bandar raya ini.

“Bagaimanapun siasatan ke atas alamat pengimport tersebut mendapati terdapat percanggahan kerana alamat berkenaan merupakan alamat sebuah syarikat lain yang menjalankan perniagaan logistik,” katanya kepada pemberita di Menara Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata susulan dari itu, anggota kastam membuat pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua kontena berkenaan pada keesokan harinya dan menemui 986,000 bungkus rokok yang dianggarkan bernilai RM1.577 juta dengan cukai sebanyak RM9.934 juta.

Khazali berkata siasatan lanjut mendapati kapal berkenaan didaftarkan di Perancis dan memasuki Pelabuhan Tanjung Pelepas dari Pelabuhan Singapura.

“Kita percaya kesemua rokok ini adalah untuk pasaran tempatan dan usaha kini sedang dilakukan untuk mengetahui dari mana rokok itu berasal,” kata beliau.

Beliau berkata rampasan tersebut adalah yang terbesar di negeri ini setakat ini tahun ini dan kesemua rokok berserta kedua-dua kontena itu akan disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Zon Bebas dan dibaca bersama Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Tags: KastamRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd