• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selalu Peraga Beg Mewah, Johan Dituduh Manjakan Isteri

oleh AK-47
15/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI serba boleh, Johan Raja Lawak dilabel oleh sesetengah pihak sebagai seorang yang terlalu memanjakan isterinya Ozlynwati atau Ozlyn gara-gara wanita itu sering tampil dan memperagakan beg-beg berjenama mewah.

Namun menerusi artikel di sebuah laman, Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim bin Mohamad Aziz mendedahkan perkara sebenar disebalik ‘fitnah-fitnah’ yang disebarkan itu.

Menurut pelawak berusia 32 tahun ini, dia percaya kepada rezeki selepas berkahwin malah kisah percintaannya bersama Ozlynn berputik sebelum dia bergelar artis lagi dan sudah mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah lagi.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya bekerja untuk keluarga. Saya percaya pada rezeki selepas kahwin kerana itu kalau orang kata berkahwin buat kamu hilang job saya akan kata ‘berkahwin itu jodoh, tak kahwin itu bodoh’.

“Tak siapa tahu siapa yang bersama saya ketika saya susah dulu? Saya kenal Ozlynn sejak sekolah lagi dan bercinta ketika saya masih menjual otak-otak,” jelasnya.

Selalu Peraga Beg Mewah, Johan Dituduh Manjakan Isteri

Selalu Peraga Beg Mewah, Johan Dituduh Manjakan Isteri

Selalu Peraga Beg Mewah, Johan Dituduh Manjakan Isteri

Selain itu, Johan turut mendedahkan bahawa terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ozlynn terhadap dirinya jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilakukan olehnya sekarang untuk isterinya yang tercinta itu.

“Ketika dia sudah jadi artis, dia masih bersama saya, dia yang belikan baju saya, pinjamkan keretanya kalau keluar dating. Sedangkan kalau dia mahu, dia boleh cari lelaki lain yang lebih kaya.

“Apa sangat yang saya berikan dia hari ini berbanding apa yang dia korbankan dari dulu? Malah, syarikat ini pun saya tubuhkan untuk dia. Ini bukan soal memewahkan tetapi tanggungjawab,” tutur bapa kepada empat cahaya mata ini.

Tambah Johan lagi, segala titik peluh yang diusahakannya adalah tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga dan tidak mahu isteri serta anak-anak merempat sekiranya dia ditakdirkan susah semula.

“Saya lelaki, kalau ditakdirkan saya susah semula, saya boleh tidur di surau atau merempat tapi anak isteri, mana mungkin saya biarkan begitu?”

Kesetiaan dan pengorbanan yang ditonjolkan oleh Johan dan Ozlyn wajar dicontohi oleh semua pihak, baik selebriti mahupun rakyat marhaen.

Sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan kisah Johan yang sanggup membeli beg berjenama Birkin yang berharga lebih RM200,000 khas untuk isterinya yang tercinta. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beg mewahjohan raja lawakozlyn
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johan Beli Mesin Video, Ozlynn Rasa Nak Penerajang

10/08/2018
0

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked mengundang kemarahan isterinya, Ozlynn. Menerusi perkongsian...

Mak Aih, Nilai Koleksi Beg Tangan Fazura RM300k!

07/01/2018
0

AKTRES dan model terkenal Nur Fazura Sharifuddin memang terkenal dengan wataknya sebagai Intan Mastura yang obses dengan sepatu dalam filem Pisau Cukur, namun sebenarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd