• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganti Sudah Dikenal Pasti – Ketua Hakim Negara

oleh Ahmad Albab
13/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.

Katanya JAC telah memutuskan calon penggantinya dan pengumuman berkenaan akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Saya tidak boleh mengumumkan siapa yang akan menggantikan saya kerana ia adalah pelanggaran kerahsiaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Tahun Undang-Undang 2017 di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai jumlah calon yang dicadangkan untuk jawatan tersebut.

Arifin dilantik ke jawatan itu pada 12 Sept 2011. Selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada tahun lepas, tempoh perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Okt tahun lepas hingga 30 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menambah lebih ramai pegawai penyiasat (IO) dan ahli kimia khususnya di Selangor bagi mempercepatkan perbicaraan kes pembunuhan.

Menurutnya, masalah kekurangan tenaga pakar ini akan hanya melengahkan proses perbicaraan kerana mereka ini terbabit dalam kes-kes di samping perlu menghadiri perbicaraan.

“IO dan ahli kimia ini masing-masing sepatutnya menyiasat kes-kes dan menganalisis sampel dan di samping itu perlu hadiri di tiga mahkamah dalam sehari. Ini melambatkan proses perbicaraan kes bunuh,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cara-cara untuk mempercepatkan proses penyelesaian kes.

Arifin juga meminta Majlis Peguam menangani masalah kekurangan peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.

“Tertuduh dalam kes jenayah mahu khidmat peguam tertentu sahaja. Majlis Peguam perlu mencari jalan untuk menambah lagi peguam berkaitan dalam hal-ehwal jenayah bagi mengatasi masalah ketandusan peguam dalam bidang jenayah.

“Kami faham bahawa lebih ramai peguam memilih untuk memberi khidmat guaman dalam bidang sivil kerana bayaran untuk mengendalikan kes-kes jenayah tidak begitu menarik,” katanya.

Istiadat perasmian dimulakan dengan perarakan oleh hakim-hakim iaitu sebahagian tradisi tahunan dan simbolik kepada bermulanya tahun undang-undang 2017 di negara ini. – BERNAMA

Tags: Hakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd