• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Ketua Menteri Baharu Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg secara rasmi dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Majlis berlangsung di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Astana Negeri, di sini jam 4 petang. Beliau yang mesra disebut sebagai Abang Johari menggantikan allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Berusia 66 tahun, ADUN Satok sejak lapan penggal itu merupakan Menteri Perumahan dan Perbandaran serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak di bawah Kabinet negeri.

Beliau dilantik sebagai antara timbalan ketua menteri selain Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan Dr. James Jemut Masing yang diwujudkan Adnan selepas Pilihan Raya Sarawak ke-11 tahun lalu.

Abang Johari sebenarnya ialah anak bongsu kepada pasangan Yang Dipertua Negeri pertama, allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapiee dan Toh Puan Dayang Masniah Abdul Rahman.

Meskipun bapanya meninggal dunia pada 1969, beliau hanya menyertai politik pada 1977 sebelum Pilihan Raya Sarawak keempat pada 1983 semasa era Abdul Taib menjadi ketua menteri. – Berita Harian

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alam Flora Jelaskan Pekerja Warga Bangladesh Ada Pasport Dan ePASS Sah

Alam Flora Jelaskan Pekerja Warga Bangladesh Ada Pasport Dan ePASS Sah

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Seorang pekerja pembersihan yang dipersoalkan status imigresennya dalam video tular mempunyai dokumen sah, menurut penjelasan Alam Flora yang...

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd