• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aneh… Ayam Ini Menetas Telur Bersaiz Mini

oleh AK-47
15/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANEH tapi nyata. Seorang lelaki terkejut besar apabila mendapati ayam miliknya menghasilkan telur bersaiz mini di rumahnya Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor pada Ahad lalu.

Menurut pemiliknya, Fendi Baharudin, dia hanya mengetahui mengenai telur mini itu selepas mendapati ayamnya yang lebih dikenali sebagai Che Mek, membuat bising pada keesokan harinya.

Dek kerana pelik dengan hal itu, Fendi, 45, lantas membuat pemeriksaan sebelum tergamam melihat telur ayam hutan kacuk ayam kampung bersaiz hanya hanya sebesar syiling 10 sen.

“Kejadian ini pertama kali sejak saya mula menjinakkan diri dalam penternakan ayam secara kecil-kecilan dua tahun lalu dan saya tidak sedar Che Mek sudah bertelur kerana tidak nampak telur berkenaan.

“Che Mek bertelur dua biji dengan saiz yang berbeza iaitu pada Ahad lalu dengan telur seberat dua gram dan panjang kurang dua sentimeter (sm) manakala keesokan harinya bertelur sebiji lagi dengan berat empat gram dan panjang kira-kira 2.5sm.

“Kedua-dua telur ini dijaga rapi malah saya tidak benarkan sesiapa untuk memegang sesuka hati kerana ia sangat sensitif dan mudah pecah.

“Keterujaan menemui telur sekecil ini membuatkan saya mahu melihat sendiri kandungan di dalam telur itu, mungkin boleh lahir ayam yang paling kecil di dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Fendi memberitahu dia berhasrat mahu membawa telur mini itu ke makmal haiwan untuk membuat kajian mengapa ianya sekecil itu.

Difahamkan, Fendi yang menternak ayam itu sebagai hobi semata-mata bagi mengisi masa lapang.

Tags: ayamtelur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   Bayangkan… dalam sekelip mata, lima orang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi serentak — hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd