• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Hulk Pakistan Mahu Jadi Manusia Terkuat Di Dunia

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Seorang lelaki di Pakistan mendapat jolokan The Hulk versi Pakistan dalam kalangan penduduk tempatan disebabkan saiz fizikalnya yang besar dengan memiliki berat 435 kilogram.

Malah lelaki berkenaan, Arbab Khizer Hayat mengakui dirinya sebagai manusia terkuat di dunia dan mahu menjadi juara dalam sukan angkat berat selain mempamerkan kekuatan dirinya dengan menarik sebuah traktor yang sedang berundur.

“Objektif saya adalah untuk menjadi juara. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan fizikal yang besar ini. Kini, saya hanya menunggu masa sahaja sebelum menyertai dunia mengangkat berat,” kata Hayat seperti dilaporkan portal Mail Online.

Menurut Hayat, dia mengamalkan diet yang luar biasa pada setiap hari dengan mengambil 10,000 kalori melibatkan pemakanan sebanyak 36 biji telur untuk sarapan, tiga kilogram daging, lima liter susu dan banyak lagi.

Dengan tinggi enam kaki tiga inci, Hayat berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun miliki berat badan sedemikian.

“Saya tidak mengalami masalah kesihatan atau pun tidak selesa dengan berat saya. Tetapi saya perlu mengekalkannya jika mahu menjadi juara lelaki terkuat,” katanya.

Hayat, yang tinggal di bandar Mardan di Pakistan, mula mengalami kenaikan berat badan sejak mencecah usia remaja.

“Berat badan saya mula naik mendadak ketika usia remaja.

“Ketika itu saya mengimpikan untuk menyertai arena angkat berat dan kejuaraan orang kuat. Jadi saya teruskan menambah berat,” katanya.

Hayat juga mendakwa dia telah berjaya mengangkat berat lebih dari 4,000 kilogram ketika satu kejuaraan di Jepun.

Tambah hayat lagi, dia juga mahu menyertai arena gusti WWE.

Di negaranya, Hayat sudah mula menjadi bintang apabila dia dikenali sebagai manusia terkuat di Pakistan. – mStar Online

Tags: kuat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: “Angkut Motosikal Di Bahu? Bisa Mudah Aja Dong!”

15/02/2025
0

ORANGNYA bertubuh kurus, namun lelaki ini digelar lelaki terkuat di Bali selepas gambar dan videonya memikul motosikal di bahu menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd