• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Warga China Disyaki Anggota ETIM Dihantar Pulang

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seramai 28 warga China disyaki anggota kumpulan East Turkestan Islamic Movement (ETIM) yang diasaskan militan Uyghur di barat China dan ditahan di Malaysia sehingga Disember 2016, telah dihantar kembali ke China untuk tindakan undang-undang negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka adalah antara 260 individu, termasuk warga Malaysia, yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pembabitan dan sokongan kepada kumpulan yang terbabit dalam aktiviti keganasan.

Beliau berkata antara Akta yang diguna pakai bagi menahan mereka adalah Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Negara Asing 2015 (SMATA).

Menurutnya banyak perbincangan diadakan dalam lawatan kerjanya di China sejak 10 Jan lepas yang berkaitan soal keselamatan serta keganasan dan China juga tidak terlepas menghadapi masalah keselamatan dalaman yang termasuk ancaman kumpulan dilatih untuk menyertai Daesh di luar negara.

“Ada juga rakyat China di Turki, Syria dan Iraq. Mereka datang ke Malaysia melalui beberapa negara sebelum itu dan berlepas ke Syria dan Iraq menerusi Istanbul atau Ankara menggunakan dokumen antarabangsa dari sebuah negara lain,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.

“China berterima kasih dengan kecekapan PDRM yang dapat menjejaki individu dan kumpulan itu, yang jadi pengganas dan mengabui mata beberapa negara sebelum sampai ke Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ada juga individu dan kumpulan dari China yang ditahan di Malaysia hasil maklumat risikan disalurkan oleh pihak China.

Ia turut menyertakan data-data biometrik, bagi membolehkan PDRM menahan mereka sebelum sempat mereka berlepas ke negara seterusnya.

Sementara itu, semasa dirujuk mengenai kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kononnya pelabur dari China merampas peluang pelaburan dari kalangan pelabur tempatan, Ahmad Zahid berkata Malaysia perlu membuka minda dan hati dengan menjemput kehadiran pelabur luar.

“Biarpun kita berbeza pendapat soal intepretasi dan sebagainya, tapi demi kepentingan negara, kita harus melihat bahawa peluang pelabur luar untuk capai pertumbuhan ekonomi lebih pesat, ia turut bergantung kepada ‘FDI volume’ dalam negara,” katanya.

“Pelabur domestik perlu diberi keutamaan, tapi dari segi kapasiti mereka mungkin terhad, terutama dalam menyuntik modal untuk teknologi baharu,” tambahnya.

Beliau berkata pelaburan yang dibawa masuk bukan hanya berkaitan pembiayaan modal semata-mata, tapi juga merujuk kepada suntikan dan pemindahan pengetahuan dan teknologi baharu ke dalam negara.

Timbalan perdana menteri dijadual berlepas ke Kunming di wilayah Yunan esok untuk meneruskan lawatan kerjanya di China. – BERNAMA

Tags: ETIMWarga China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd