• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26 ‘Ah Long’ Ditahan, Harta RM2 Juta Disita Di 2 Negeri

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 26 orang disyaki anggota kumpulan ‘Ah Long’ yang bertindak ganas semasa memungut hutang, di sekitar Johor Bahru dan Ipoh, Perak.

Dalam operasi itu yang bermula dari 10 malam tadi hingga 4 pagi ini, seramai 23 lelaki tempatan dan tiga wanita termasuk seorang warga Vietnam berumur di antara 17 dan 51 tahun ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 21 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM1.4 juta dan wang tunai sebanyak RM416,050.

“Polis juga merampas 18 beg tangan wanita berjenama termasuk Chanel bernilai RM150,000,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya polis merampas 83 kad ATM, 17 buku bank, sembilan parang dan sembilan pedang samurai dalam operasi itu.

Acryl Sani berkata jumlah sitaan harta keseluruhan operasi itu dianggarkan RM2 juta.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan menarik ‘pelanggan’ menerusi iklan dan risalah di kawasan perumahan dan perniagaan yang menjadi tumpuan awam.

Peminjam akan dikenakan faedah tinggi di antara 10 hingga 15 peratus dan ditawarkan pinjaman baharu bagi membantu menyelesaikan pinjaman.

“Sindiket ini bergiat aktif sejak dua tahun lepas di kawasan sekitar Johor…mereka bertindak ganas dengan membuat ugutan dan menyimbah cat semasa membuat kutipan wang.

“…ramai anggota sindiket itu juga dipercayai mendalangi kegiatan samseng serta kongsi gelap di sekitar negeri berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ah Long
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd