• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Punca Faiz Tak Dapat Berucap Bahasa Melayu – PAN

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana kurang membaca, Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) punca Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri tidak berucap dalam Bahasa Melayu di Zurich, Switzerland semalam.

Timbalan ketuanya, Faiz Fadzil berkata, FAM telah mengabaikan kepentingan negara apabila penerima Anugerah Puskas FIFA itu gagal berucap dalam bahasa kebangsaan dalam majlis berprestij itu kerana FAM tidak meminta keizinan daripada FIFA untuk Mohd. Faiz berbuat demikian. .

“Seharusnya, pihak FAM telah bersedia daripada awal tentang perkara ini kerana umum sudah mengetahui melalui majlis anugerah yang lepas bahawa penerima anugerah akan memberikan ucapan.

“FAM sebagai ahli FIFA boleh sahaja menghubungi pihak penganjur untuk memaklumkan bahawa seorang penterjemah akan disediakan bagi membolehkan Mohd. Faiz bercakap dalam Bahasa Melayu kerana beliau sejak awal sudah menunjukkan keinginannya untuk memartabatkan budaya Melayu dan bahasa kebangsaan di dalam majlis tersebut,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun membuktikan pembangkang di negara ini semakin `gila’ kerana rakuskan kuasa apabila semua perkara dalam negara ini mahu dijadikan bahan untuk meraih merit politik.

Mohd. Faiz Subri sebelum iin menjelaskan beliau berhasrat berucap dalam Bahasa Melayu jika dinobat sebagai pemenang Anugerah Puskas selain memakai baju Melayu tetapi tidak dibenarkan oleh FIFA.

Katanya, badan bola sepak dunia itu hanya membenarkan pemain bercakap dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis kerana tidak dapat menyediakan penterjemah terutama untuk televisyen yang disiar secara langsung di seluruh dunia.

Dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju Melayu yang agak nipis kerana keadaan cuaca di Zurich yang terlalu sejuk hingga mencecah -3 darjah Celsius. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Faiz FadzilFAMMohd. Faiz SubriPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd