• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Bagaikan bertemu legenda bola sepak dunia, itu yang boleh digambarkan mengenai suasana di tingkat lima, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang ini.

Lebih daripada 500 hadirin yang terdiri daripada peminat bola sepak tanah air membanjir ruang legar balai pelepasan bagi menyambut ketibaan pemenangan Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri.

Beliau yang ditemani keluarga bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah disambut dengan tepukan gemuruh sejurus pesawat Emirates, EK346 selamat mendarat di KLIA kira-kira 3.15 petang.

Mereka bertolak dari Zurich, Switzerland dengan menggunakan pesawat Emirates, EK88 pada pukul 2.35 petang waktu tempatan dan transit terlebih dahulu di Dubai sebelum tiba di sini.

Pemain berusia 29 tahun itu kemudian disambut dengan pelukan erat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama beberapa anggota FAM sebelum menuju ke bilik VIP KLIA bagi mengadakan sidang media khas.

Keadaan kemudian menjadi sedikit gamat apabila Mohd Faiz yang santai berbaju T warna kuning dan bertopi pada ketika itu diiringi KJ bersama anggota polis dihujani ramai wartawan dan jurugambar.

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

Selesai sidang media di Bilik VIP, Mohd Faiz kemudian terus diarak ke ruang legar tingkat 5 KLIA yang mana menyaksikan para hadirin yang bersorak sejurus melihat pemenang Anugerah Puskas itu.

Mereka yang telah setia sabar menunggu sejak pukul 12 tengah hari lagi turut membawa sepanduk dan mengibarkan bendera memaparkan wajah beliau yang memegang trofi FIFA tersebut.

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

Faiz Disambut Bagaikan Legenda Bola Sepak Dunia

Kejayaan Mohd. Faiz mengharumkan nama negara turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) yang menyampaikan anugerah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima anugerah FIFA.

Mohd. Faiz bersama keluarganya kemudiannya bertolak ke Pulau Pinang dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines, MH1162 pada pukul 7 malam dan dijangka tiba pada pukul 7.55 malam hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Faiz SubriFIFAFifa Puskas Award
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd