• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ulat Tiket” Didenda RM3,000 Jual Tiket Secara Tidak Sah

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang “ulat tiket” hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memujuk orang awam membeli tiket bas di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, Oktober tahun lalu.

Tertuduh Masdiana Zainal, 34, membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Mengikut pertuduhan, Masdiana didakwa memujuk untuk menawarkan perkhidmatan bagi mendapatkan upah membawa penumpang di satu tempat awam iaitu di dalam kawasan terminal bas berkenaan kira-kira 12.05 tengah hari pada 11 Okt 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohd Khairul Hafizuddin kemudiannya memerintahkan sekiranya tertuduh tidak membayar denda berkenaan, dia boleh dipenjara empat bulan.

Masdiana membayar denda tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihana Halmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: mahkamahulat tiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd