• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Cuba Runtuhkan Rumah Tangga Wawa & Aeril

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel nyaris berantakan gara-gara seorang peminat fanatik lelaki mengaku dia sebagai kekasihnya.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata, perkara itu berlaku beberapa tahun lalu yang menjadikan mereka lebih mengerti tentang bahaya media sosial.

“Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu.

“Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

“Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya,” ujar Wawa kepada mStar Online.

Wawa ditemui pada majlis pelancaran portal membeli-belah Haqqi yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut pasangan selebriti popular ini turut dilantik sebagai duta untuk portal barangan muslimah berkenaan.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bahagia bersama dua anak mereka. FOTO: Dari Instagram Wawa Zainal.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bahagia bersama dua anak mereka. FOTO: Dari Instagram Wawa Zainal.

Dalam pada itu, Wawa bersyukur telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang sukar dan penuh ujian.

“Alhamulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.

“Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikata berantakan akibat sikap cemburu, Wawa berkata, dia lebih mengetahui sikap Arel Zafrel.

“Saya kenal suami saya bagaimana orangnya dan perasaan cemburu atau merajuk itu sudah tiada lagi dalam fasa sekarang.

“Kalau saya merajuk atau dia sudah malas nak layan, pandai-pandailah pujuk diri masing-masing,” ujarnya.

Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun. – mStar Online

Tags: Aeril ZafrelWawa Zainal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi Foto Bogel Bagi Menafikan Dirinya

18/09/2018
0

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen. Segelintir mereka berpendapat perkara...

Bukan Sengaja Nak Tayang Bahagia – Aeril Zafrel

09/08/2018
0

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di laman sosial Instagram adalah sekadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd