• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Guna Akta Percukaian Usaha Banteras Rasuah

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Inisiatif terbaharu memerangi rasuah dan salah guna kuasa itu terhasil melalui perjanjian antara SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dimeterai melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini.

Beliau berkata penggunaan akta tersebut akan memastikan perasuah tidak sewenang-wenangnya merasa bebas apabila Akta SPRM dan Akta Penggubahan Wang Haram yang digunakan suruhanjaya itu ketika ini gagal bertindak ke atas mereka.

“Golongan perasuah beranggapan mereka tidak perlu mengisytihar pendapatan kepada SPRM tetapi mungkin lupa perkara itu tidak boleh berlaku jika babitkan LHDN.

“Mereka kena ingat LHDN tidak mengira daripada mana sumber itu diperoleh sama ada secara halal atau haram…jadi, hasil dari rasuah juga dikira sebagai hasil yang perlu dicukaikan,” katanya ketika berucap sebelum menyaksikan majlis menandatangi ikrar tersebut di ibu pejabat LHDN di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah.

Dzulkifli berkata penggunaan ketiga-tiga akta tersebut diyakini akan membantu serta memperkasa usaha SPRM membanteras rasuah, sekaligus satu amaran kepada golongan perasuah bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Mengenai ikrar yang ditandatangi, beliau berkata selain mencatat sejarah sebagai agensi kerajaan pertama menandatangi IBR, ia juga akan memastikan kedua-dua agensi dapat bekerjasama lebih rapat dalam membanteras rasuah dan berkongsi maklumat mengenai kes yang sedang disiasat.

Dzulkifli berkata langkah kepimpinan LHDN dan warganya menandatangani IBR memperlihatkan keikhlasan, komitmen dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah.

Dalam pada itu, Sabin berkata LHDN sebagai organisasi dengan status ‘self-financed’ mempunyai kawalan penuh ke atas pengurusan kewangan dan sumber manusia, sekaligus menjadikan risiko penyelewengan boleh wujud seperti dalam urusan pembekalan.

Beliau berkata agensi itu juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengutip cukai yang sepatutnya bagi memastikan negara dapat dibangunkan dengan sempurna serta membantu mewujudkan ‘a level playing field’ dalam persekitaran ekonomi negara.

Bagi mengutip cukai yang sepatutnya, katanya, LHDN menghadapi cabaran yang khusus iaitu memastikan tahap kepatuhan cukai yang maksimum, mengurangkan ketirisan cukai dan membesarkan asas cukai berlandaskan peruntukan perundangan Akta Cukai Pendapatan 1967 di samping perundangan lain yang berkaitan. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd