• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Jual Tisu Memang OKU Penglihatan Tapi Tak Buta

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJUAL tisu yang didakwa menyamar sebagai individu buta untuk meminta sedekah, hari ini tampil ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Pegawai JKM, Manayi Ibrahim berkata wanita berusia 42 itu datang bersama dua anaknya kira-kira jam 10 pagi.

“Wanita itu tidak buta tetapi OKU penglihatan tahap B3 (rabun teruk), manakala anaknya juga mengalami masalah penglihatan tahap B2.

“Dia mengaku menjual tisu di tempat tumpuan ramai termasuk restoran dan memperoleh pendapatan kira-kira RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suaminya (warga Indonesia) yang bekerja sebagai buruh tidak cukup,” kata Manayi yang dipetik laporan Harian Metro.

Menurutnya, wanita itu mengaku mempunyai RM14,000 dalam akaun peribadi, namun RM11,000 daripada wang itu adalah milik beberapa rakan hasil aktiviti sama.

Hanya RM3,000 miliknya manakala baki milik rakan yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual tisu dan ia akan dikembalikan.

Ibu kepada dua anak berusia 19 dan 22 tahun itu turut menjelaskan, dia bukan menipu masyarakat seperti yang didakwa kerana dia memang berstatus OKU penglihatan, termasuk dua anaknya.

JKM akan menyiasat kenyataan wanita itu bagi mengenal pasti kesahihannya.

Kisah wanita ini tersebar di media sosial selepas ada individu yang mengaku sebagai pekerja sebuah bank dan mendakwa mengenali wanita ini yang selalu masukkan duit kutipan di bank tempat kerjanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd