• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Abai Kanak-Kanak Di Tampin Didakwa Esok

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang wanita yang sebelum ini dipercayai ibu kepada Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin pada Jumaat lepas, akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata wanita berusia 36 itu akan didakwa mengikut Seksyen 33 (c) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan selama suatu tempoh yang tidak berpatutan.

Dia akan didakwa di Mahkamah Majistret Rembau, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 6 Jan lepas, Muhammad Adam Khuazimie ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk rumah tersebut.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh ketua kampung pada 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak menangis di dalam sebuah rumah yang berkeadaan gelap dan berkunci. – BERNAMA

Tags: kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd