• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan SPRM Tiada Kaitan Dengan Dirinya, Kata Idris

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Beliau berkata bantuan yang diberi adalah berdasarkan bidang kuasanya selaku ketua menteri.

“(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.

“Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Idris mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabatnya semalam bagi merakam kenyataan berhubung siasatan terhadap pegawai yang ada kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Idris berkata beliau sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama penuh dalam apa juga siasatan yang dilakukan pihak berkuasa demi meningkatkan integriti kerajaan negeri.

“Ini integriti kita. Mana-mana pegawai yang mengamalkan rasuah di negeri Melaka ini tidak ada tempat dan akan rasa panas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris HaronSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd