• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Libatkan Pelbagai Akta KPDNKK Meningkat Di Pahang

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merekodkan sebanyak 1,033 kes melibatkan pelbagai akta yang dilakukan peniaga di seluruh negeri itu sepanjang tahun lepas.

Timbalan Pengarahnya Alwi Abdul Hamid berkata ia mencatatkan peningkatan kes kira-kira 30 peratus dengan melibatkan jumlah rampasan lebih RM2 juta, berbanding tahun 2015 iaitu hanya 733 kes dengan jumlah rampasan sebanyak RM1.6 juta.

“Kesalahan yang paling tinggi dicatatkan pada tahun lepas ialah kes melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu sebanyak 469 kes diikuti Akta Hakcipta 1987 (320 kes).

“Akta Perihal Dagangan 2011 pula merekodkan 121 kes, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (58 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (33 kes), Akta Hakcipta 1987 (17 kes), Akta Sewa Beli 1967 (14 kes) dan satu kes di bawah Akta Jualan Langsung SAP 1993,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya daerah paling tinggi yang mencatatkan kesalahan adalah Kuantan yang melibatkan 427 kes diikuti Temerloh (164 kes), Raub (141 kes), Rompin (91 kes), Bera (90 kes), Jerantut (84 kes) dan Pekan (36 kes).

Beliau berkata sebanyak 849 kompaun dikeluarkan dengan jumlah kutipan sebanyak RM199,020, hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan ke atas 92,718 premis di seluruh negeri sepanjang tahun lepas.

Secara keseluruhan, Alwi berkata pemeriksaan yang dilakukan sepanjang tahun lepas juga telah melepasi sasaran 75,195 premis. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd