• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Struktur Semula Beri Lebih Autoriti Kepada JPN, PPD

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan distruktur semula bagi memberi lebih autoriti kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam membuat keputusan, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan cadangan itu pada 14 Disember lepas dan struktur pada peringkat bahagian kementerian, JPN dan PPD akan dimuktamadkan dalam masa terdekat setelah urusan waran perjawatan selesai.

Katanya kementerian akan mengeluarkan senarai perkara yang akan diputuskan di peringkat kementerian, JPN dan PPD bagi mengurangkan masalah birokrasi terutamanya dalam aspek pentadbiran.

“Sekarang sekolah terbakar pun menteri yang perlu jawab, tulis dari sekolah ke PPD, dari PPD ke JPN, seterusnya ke kementerian dan kementerian akan bermesyuarat, barulah boleh buat keputusan.

“Selepas ini tidak perlu lagi. Jika sekolah terbakar, JPN putuskan peruntukan yang diperlukan untuk kerja membaik pulih dan kementerian akan beri peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baharu 2017 kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Mahdzir berkata inisiatif itu bertujuan mengagihkan perjawatan daripada kementerian kepada JPN dan PPD serta membangun dan memperkasa daya kepimpinan bagi 150 hingga 200 jawatan kepimpinan utama di kementerian.

“Namun bagi sesetengah perkara, contohnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, itu adalah di bawah kementerian melalui Lembaga Peperiksaan,” katanya.

Mengenai 1BestariNet fasa dua, beliau berkata 8,185 sekolah lagi akan dinaik taraf dengan rangkaian 4G menjelang Jun depan, setelah 6,000 sekolah telah selesai dinaik taraf dalam fasa satu.

“Dalam fasa dua, kementerian memberi keutamaan kepada pembelajaran murid dengan memastikan setiap makmal komputer disediakan capaian 4Mbps (megabit per saat) bagi menampung keperluan 40 murid menggunakan Virtual Learning Environment secara serentak,” katanya.

Selain itu, Mahdzir berkata Pelan Data Individu 2GB yang berteknologi 4G telah diagihkan kepada 317,000 guru di beberapa buah negeri pada Disember lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidJPNKementerian PendidikanPPD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd