• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Anggota Polis Didakwa Peroleh Rasuah

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh rasuah daripada orang awam membabitkan nilai RM11,000.

Koperal Jeffry Abdullah, 36, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut didakwa telah secara rasuah memperoleh wang tunai RM1,000 untuk dirinya daripada Noor Esmawati Baharom sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan dengan menukar air kencing Norhamni Baharom, iaitu adik ipar Noor Esmawati, yang dikatakan positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing.

Jeffry didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Narkotik IPD, Timur Laut di sini pada 4.40 petang, 1 Mac 2015.

Sementara itu, tiga lagi anggota polis dari Balai Polis Datuk Keramat didakwa secara bersama cuba memperoleh rasuah RM10,000 daripada Norhamni sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja di bawah Akta Dadah Berbahaya 1950.

Lans Koperal Mohd Zulkifly Mat Nor, 28; Lans Koperal Muhammad Farid Nordin, 28 dan Konstabel Zainoor Ariffin Rosli, 24 didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Polis Datuk Keramat di sini pada 11.45 pagi, 1 Mac 2015.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut jumlah lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Muhamad Nazri menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimanapun peguam V.Parthiban memohon jaminan terhadap kesemua anak guamnya dikurangkan kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga masing-masing termasuk Zainoor yang bakal mendirikan rumah tangga 10 hari lagi.

Hakim Roslan Hamid kemudian membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamian RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd