• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Guna Semula Bas Mini – Nancy

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara ke kawasan kediaman di Lembah Klang yang pernah digunakan suatu masa dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dengan memperkenalkan Bas Rapid Transit (BRT) untuk menambah baik bas perantara sebagai medium perhubungan terkini.

“BRT akan diperkenalkan di Lembah Klang dan untuk permulaan, jajaran BRT Sunway kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi tahun depan.

“Perkhidmatan ini juga dirancang untuk diperluaskan bagi laluan Kuala Lumpur-Klang untuk menambah baik perkhidmatan bas perantara (sedia ada),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan semula bas mini sebagai bas perantara di sekitar Lembah Klang.

Pada 9 Jun 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek BRT-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.

Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaporkan dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) dan syarikat swasta Sunway Bhd yang akan dijalankan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.

Projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.

Nancy berkata bagi menambah baik sistem pengangkutan awam untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada 2017.

Dalam perancangan juga ialah Projek MRT2 dari Kota Damansara ke Putrajaya.

Nancy menarik perhatian, terdapat juga projek penyambungan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan Kelana Jaya Line dan Ampang Line dan projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Klang.

Sementara itu, Nancy berkata peratusan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang telah meningkat kepada 20.8 peratus pada tahun lepas berbanding 19.6 peratus pada 2012.

“Seramai kira-kira 214 juta penumpang telah menggunakan LRT, Monorel, ERL dan Komuter pada tahun lepas dengan purata penggunaan perkhidmatan ini adalah seramai 593,321 orang penumpang sehari,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini pula, seramai 612,887 orang telah menggunakan perkhidmatan rel ini dalam kadar sehari. – BERNAMA

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd