• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Faiz Swafoto Bersama Ronaldo Tercapai

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPIAN pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri untuk bertemu dan mengambil swafoto bersama-sama idolanya, Cristiano Ronaldo, akhirnya tercapai.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menerusi akaun Twitter miliknya, sempat lagi memuat naik sekeping gambar eksklusif bersama-sama bintang bola sepak terkemuka dunia tersebut, beberapa jam lalu.

Baca: Saya Akan Swafoto Dengan Ronaldo – Faiz Subri

Hasrat Faiz Swafoto Bersama Ronaldo Tercapai
“Selepas saya terima anugerah itu, Ronaldo ucap tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi,” ulas Mohd. Faiz kepada wartawan Malaysia di Zurich, Switzerland.

Turut kelihatan sama dalam gambar berkenaan ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah yang menemani Mohd. Faiz pada majlis berprestij FIFA tersebut.

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan hasrat pemain Pulau Pinang itu untuk berjumpa dan bergambar sendiri dengan Ronaldo jika berpeluang bertemu dengan bintang sensasi Portugal berkenaan.

Pemain berusia 29 tahun itu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wakil benua Asia yang pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009. – MYNEWSHUB.CC

.

Tags: Cristiano RonaldoFaiz SubriFifa Puskas AwardSwafoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd