• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faiz Sudah Banggakan Negara Dan Negeri – Keluarga

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 adalah satu kebanggan buat negeri kelahirannya, Kedah dan juga negara.

Bapanya, Subri Kader, 64, yang terharu dengan kejayaan anak kelima daripada enam beradik itu, disifatkan sangat bermakna buat keluarga yang sememangnya dinanti-nantikan sejak tercalon untuk anugerah berprestij itu.

“Saya terharu dan gembira dengan kejayaan Mohd Faiz ini dan ini adalah hadiah untuk negeri dan negara.

“Saya berharap kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk dia terus berjaya pada masa depan,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja Mohd Faiz diumumkan sebagai pemenang anugerah itu kira-kira pada pukul 2.40 pagi.

Baca: Faiz Dinobatkan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

Subri berkata kejayaan itu juga sangat berbaloi apabila selama ini keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya.

“Apa yang saya rasa ketika ini adalah mahu memeluknya apabila sampai ke tanah air nanti.

“Dia seorang anak yang baik dan sentiasa ingat keluarga dan ibu bapa,” katanya.

Beliau melahirkan rasa terharunya apabila nama keluarga disebut Mohd Faiz ketika berucap sempena kemenangannya di Zurich, Switzerland.

“Ini mungkin kejayaannya disebabkan mendapat restu kami seluruh keluarga,” katanya.

Menurutnya Mohd Faiz ada menghubungi keluarga pada sebelah petang tadi sebelum berlangsungnya majlis anugerah itu.

Mengenai majlis kesyukuran, Subri berkata mereka sekeluarga akan berbincang dengan Mohd Faiz terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, ibu Mohd Faiz, Saadiah Ishak, 55, berkata mereka sekeluarga mengicapkan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung, penyokong dan rakyat Malaysia di seluruh negara yang mendoakan kejayaan anaknya itu.

Katanya ia juga sebagai semangat buat Mohd Faiz untuk lebih berjaya termasuk mewakili negara pada masa akan datang.

Saadiah berkata kejayaan yang dikecapi anaknya itu sudah tentu merupakan saat yang terbaik buat hidup anaknya itu.

“Bukan senang nak dapat anugerah ini. Ini semua berkat doa keluarga dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Mohd Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Teknik ‘knuckleball’ yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFifa Puskas Award
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gol Goulon Sah Dicalonkan Ke Anugerah Puskas

26/06/2019
0

KELANA JAYA - Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke FIFA bagi pencalonan Anugerah Puskas...

Puskas 2018 Gol Ketujuh Terbaik Salah: Milner

25/09/2018
0

LONDON - Pemain tengah England, James Milner berjenaka apabila mengatakan anugerah Puskas yang dimenangi Mohamed Salah adalah gol ketujuh terbaiknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd