• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Batal Lesen Pembuatan Hovid

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat farmaseutikal, Hovid Bhd mengumumkan lesen pembuatannya dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini susulan isu pematuhan.

Syarikat itu berkata ia menerima surat yang memaklumkan perkara itu daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi (PSD) kementerian tersebut melalui faksimili hari ini.

“Oleh itu, semua aktiviti pembuatan kami dihentikan dengan serta-merta hari ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Hovid mempunyai dua kemudahan pembuatan dan kedua-dua lesen pembuatan mereka telah dibatalkan.

Tindakan daripada PSD itu susulan audit yang dijalankan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 5 Jan, 2017.

Pembatalan itu berdasarkan dapatan audit bahawa pematuhan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) pada masa ini tidak boleh diterima, dan Sistem Kualiti Farmaseutikal tidak mematuhi keperluan GMP yang terkini.

“Hovid menyasarkan untuk kembali dengan tindakan pembetulan yang perlu bagi mematuhi GMP yang dikehendaki oleh NPRA pada akhir Januari 2017, dan akan menjemput NPRA untuk melakukan audit ke atas kemudahan kami dan GMP dengan segera selepas itu.”

Pengeluaran semula lesen akan tertakluk kepada NPRA yang berpuas hati dengan keputusan audit mereka, katanya.

Bagaimanapun, anak syarikat pengedaran di Malaysia, Hong Kong dan Filipina akan terus memasarkan dan menjual stok sedia ada yang dipegang oleh mereka, menurut Hovid.

Pada minggu lepas, NPRA mengarahkan Hovid untuk menarik balik pil bersalut filem kelompok BG04645 Ternolol 50.

Agensi itu berkata pesakit perlu memulangkan ubat tersebut ke klinik, farmasi atau klinik kesihatan dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan dan melakukan pemeriksaan jika perlu.

Susulan itu, Hovid mengumumkan penarikan balik pil bersalut filem Ternolol 50mg yang dihasilkan di bawah nombor kelompok BG04645 dan memaparkan tarikh buatan pada April 2016 untuk pasaran Malaysia.

Ia menjelaskan kelompok yang ditarik balik itu mengandungi kotak yang dilabel sebagai ‘Ternolol 50’, bagaimanapun sebahagiannya melabelkan produk itu sebagai ‘Ternolol Tab 100mg’.

Syarikat farmaseutikal itu berkata produk sebenar yang dibungkus di dalam kotak adalah Ternolol 50mg yang labelnya sama pada kotak. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd