• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Diminta Tarik Diri Dari Kes Bunuh Bill Kayong

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas Ranbhir Singh Sangha, peguam bela bagi tertuduh, mahukan hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Ranbhir, peguam bela bagi tertuduh pertama Mohamad Fitri Pauzi dan tertuduh kedua Lie Chang Loon, berkata sepucuk surat bertarikh 3 Jan 2017 telah dialamatkan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, memohon hakim baharu bagi mendengar kes itu.

Ranbhir, bagaimanapun tidak memberitahu mahkamah sebab bagi permintaan untuk hakim baharu.

Alwi belum menetapkan tarikh baharu bagi sebutan seterusnya kes itu oleh kerana ia mungkin didengar olah seorang hakim baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bertindak bagi pihak pendakwa.

Ahli pernigaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45; pembantu peribadi Lee, Chin Wui Ching, 50; dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37; minta dibicarakan atas dakwaan bersubahat dengan bouncer Mohamad Fitri, 29, dalam pembunuhan Bill, yang nama Islamnya ialah Mohd Hasbie Abdullah.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di bypass Jalan Kuala Baram kira-kira 8.20 pagi 21 Jun, 2016.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 109, dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh pertama, Mohamad Fitri, juga mengaku tidak bersalah membunuh Bill di tempat, masa dan tarikh yang sama, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Bill Kayong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki Bergelar Datuk Didakwa

14/12/2016
0

MIRI - Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill...

Lelaki Disyaki Perancang Kes Bunuh Bill Kayong Ditahan

13/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd