• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Mati Dalam Tahanan: Balu Peroleh Ganti Rugi RM357K

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan ganti rugi berjumlah RM357,500 kepada seorang balu, yang suaminya meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 2012, setelah memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis.

Hakim Datuk S.Nantha Balan turut memerintahkan kesemua defendan, termasuk ketua polis negara ketika itu, kerajaan Malaysia dan lima pegawai polis supaya membayar kos RM50,000 kepada balu itu, N.Selvi, 46, dan anak perempuannya, C.Rita, 23.

Dalam penghakiman 86 muka surat, Hakim Nantha menegaskan bahawa defendan telah melanggar tanggungjawab penjagaan mereka terhadap si mati, P.Chandran, 47, yang ditahan polis setelah disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang bayi yang baru dilahirkan.

Beliau berkata kematian si mati disebabkan kecuaian defendan yang gagal menghantarnya ke hospital untuk rawatan dalam keadaan apabila adalah jelas bahawa tingkah laku tahanan itu agak ganjil dan defendan telah pun dimaklumkan bahawa dia tidak sihat serta memerlukan rawatan perubatan.

“Saya berpendapat bahawa liabiliti bagi kecuaian (akibat kealpaan) dan salah laku awam telah diwujudkan terhadap defendan,” katanya.

Hakim itu berkata beliau amat bersetuju dengan keputusan koroner bahawa si mati meninggal dunia dengan sia-sia dan kematiannya itu boleh dielakkan sekiranya polis melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

Beliau seterusnya berkata sekiranya pegawai yang menjalankan tugas rondaan dan yang memantau CCTV di IPD Dang Wangi melaksanakan tugas, mereka akan mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan si mati terutama pada awal pagi 10 Sept 2012.

Hakim Nantha berkata mereka sepatutnya mengambil langkah untuk campur tangan dan menghantar si mati ke hospital, bagaimanapun sebaliknya, setiap orang yang mempunyai tugas untuk mengawasi tahanan berdasarkan Peraturan-peraturan Lokap 1953, telah mengabaikan dan melepaskan tanggungjawab mereka berhubung perkara itu.

“Saya dapati hampir tidak ada langsung keterangan berwibawa untuk menunjukkan bahawa Peraturan-peraturan Lokap 1953 telah pun dipatuhi,” katanya, dan menambah, kematian si mati dalam keadaan sedemikian sangat dikesali dan kematian itu boleh dielakkan.

“Ia hanyalah sama ada saksi ketiga pembelaan (pegawai polis) ataupun anggota polis tidak mengambil berat dalam mengambil langkah perlu untuk menghantar si mati ke hospital,” kata hakim itu.

Hakim Nantha berkata telah dibuktikan semasa perbicaran bahawa tiada tindakan yang diambil terhadap mana-mana pegawai polis berikutan kematian si mati.

Hakim turut membenarkan ganti rugi kepada kedua-dua plaintif — Selvi dan Rita — iaitu ganti rugi teladan RM200,000, kehilangan penanggung RM144,000, RM10,000 kerana kehilangan dan ganti rugi khas RM3,5000.

Pada September 2015, kedua-dua plaintif memfailkan saman terhadap tujuh defendan itu dengan mendakwa kematian si mati disebabkan kecuaian defendan dan tindakan mereka menjurus kepada salah laku awam serta melanggari hak perlembagaan si mati.

Pada 16 Jan 2015, Koroner Ahmad Bache (kini Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi) yang mendengar inkues berhubung kematian si mati memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis. – BERNAMA

Tags: banduanMATI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd