• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Genting Sempah Tak Tutup Tahun Baru Cina

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ANIH Berhad menjelaskan kerja-kerja penyelenggaraan dalam Terowong Genting Sempah akan ditangguhkan seketika mulai 20 Januari hingga Isnin 13 Februari 2017 bersempena cuti musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam.

Penjelasan itu dibuat berikutan kegusaran orang ramai terutama pengguna lebuh raya berkenaan yang risau bakal berlaku kesesakan lalu lintas sewaktu mahu pulang ke kampung masing-masing sewaktu musim perayaan berkenaan.

“Pengumuman ini adalah tambahan kepada kenyataan media yang dikeluarkan pada 6 Januari lalu berkenaan jadual kerja-kerja penyelenggaraan terowong. Ia juga selaras dengan arahan kerja oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) yang tidak membenarkan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan pada musim perayaan.

“Penangguhan ini adalah bagi memberi ruang kepada pengguna untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya,” kata Anih Berhad dalam satu kenyataan hari ini.

Mynewshub sebelum ini melaporkan Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara untuk lalu lintas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang selama 60 hari bermula 10 Januari ini.

Penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dalam Terowong Genting Sempah.

Sehubungan itu, laluan kenderaan dalam Terowong Genting Sempah akan ditutup selama sembilan jam sehari bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja berkenaan.

Laluan kontra akan diaktifkan sepanjang tempoh kerja tersebut. Laluan dalam terowong akan dibuka semula seperti biasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi.

Bagaimanapun, kata ANIH Berhad, kerja-kerja penyenggaraan itu akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam untuk kemudahan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tahun baru CinaTerowong Genting Sempah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd