• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tewas, Adun Bangi (PAS) Timbalan Speaker Selangor Baharu

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.

Pemilihan itu dibuat menerusi undian sulit dan keputusannya diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada mesyuarat ketiga penggal kedua sidang dewan yang bermula hari ini.

Mohd Shafie menerima 28 undi berbanding 14 undi yang diperoleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang turut dicalonkan untuk jawatan itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata semua 12 Adun Barisan Nasional mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Kerusi timbalan speaker kosong berikutan penyandangnya Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Pada sidang kali ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan membentangkan Bajet Negeri 2015, kali pertama selepas dilantik ke jawatan itu pada 23 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: adunKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd