KUANTAN – Seorang remaja maut selepas tercampak daripada motosikal yang ditungganginya selepas bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 2.5 Jalan Bentong-Karak dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata pada kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa Muhammad Farhan Norhisam, 18, dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat hentakan kuat selepas tercampak selain topi keledar yang dipakainya tertanggal, menyebabkan kecederaan di kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Mansor berkata mangsa yang juga merupakan anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dipercayai sedang dalam perjalanan dari Ketari ke Benus, Bentong seorang diri ketika kejadian.
Bagaimanpun, beliau berkata pemandu Toyota Hilux Lee Pou Yong, 45, yang berasal dari Taman Puchong Utama, Selangor bersama isteri dan tiga anak mereka tidak cedera. – BERNAMA

