• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kesan Penderaan Fizikal Ditemui

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kanak-kanak lelaki tiga tahun, Muhammad Adam, yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin semalam, kini berkeadaan baik dan aktif.

Laporan perubatan Hospital Tampin menunjukkan tiada kesan penderaan fizikal ditemui pada kanak-kanak itu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim.

Beliau berkata kementeriannya memandang serius kejadian yang menimpa Muhammad Adam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau rapi kes ini.

“Kementerian melalui JKM telah menjalankan sesi intervensi awal bersama kaunselor terhadap kanak-kanak tersebut sebaik dia dimasukkan ke wad di Hospital Tampin.

Kaitan: Misteri Tangisan Budak Sengsara Tengah Malam

“JKM juga akan melengkapkan siasatan untuk menempatkannya di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai iaitu datuknya yang menyatakan hasrat untuk menjaga kanak-kanak itu sebelum dia dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah sementara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohani berkata Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan Seksyen 31 dan Seksyen 33 berhubung tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan dan membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan sepatutnya, merupakan satu kesalahan.

“Sekiranya individu yang melakukan kesalahan tersebut disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi Seksyen 31 dan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi Seksyen 33.

“Selain itu individu yang didapati bersalah juga dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat sebagai hukuman mandatori bagi kedua-dua Seksyen terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimDerakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd