• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liow Tiong Lai Sangkal Dakwaan MCA Jauh Dari UMNO

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menolak dakwaan kononnya parti itu sudah tidak relevan dan semakin menjauhkan ‘diri’ dari UMNO.

Katanya walaupun MCA adalah parti yang dikhususkan untuk kaum Cina, namun ia tetap terus mengeratkan jalinan kerjasama dengan komuniti Melayu, India dan kaum lain untuk sama-sama menikmati kemakmuran negara.

“MCA sebuah parti relevan dan kita telah bersama-sama UMNO dan MIC untuk wujudkan Malaysia dan mencapai keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘MCA English Speaking Members’ di Wisma MCA, di sini.

Mengenai sokongan kaum Cina terhadap parti itu, Liow mengakui walaupun berdepan berdepan cabaran untuk meraih sokongan mereka, MCA tetap komited memperjuangkan kepentingan komuniti itu.

Menteri Pengangkutan itu berkata masyarakat Cina juga perlu sedar bahawa MCA telah banyak berjasa kepada rakyat khususnya kaum itu dengan melaksanakan dasar-dasar inklusif dan pembangunan projek parti termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI).

Menyentuh usul Persendirian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, beliau berkata pasukan Perundangan MCA akan memberikan laporan dan hasil kajian mereka esok, sebelum ia dikaji dan dibahaskan di Parlimen. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd