• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sorok Bekalan Barangan Basah – LKIM

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyorokkan bekalan barangan basah hingga menyebabkan kenaikan harga di pasaran.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kekurangan bekalan, malah menyebabkan pengguna panik dan menyalahkan kerajaan.

“Peniaga hari ini memaklumkan kepada saya bahawa bekalan ikan dan hasil laut lain mencukupi, cuma ada pihak yang sorok bekalan berikutan musim perayaan.

“Mereka perlu menghentikan kegiatan itu kerana ia boleh menjejaskan pendapatan harian peniaga. LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) memandang serius perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Tani Saujana Utama di sini hari ini.

Irmohizam berkata laporan media baru-baru ini mengenai kenaikan harga barangan basah dan sayur-sayuran turut berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Menurut laporan itu, harga beberapa jenis ikan naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram berikutan kekurangan bekalan bahan mentah selain faktor kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun Irmohizam berkata kenaikan harga itu tidak berlaku.

Menurutnya, bekalan ikan adalah mencukupi dan LKIM juga telah mengaktifkan sebanyak 145 tan metrik stok ikan sejuk beku.

“Ikan sejuk beku ini berkualiti dan dijual pada harga berpatutan. Saya harap promosi ikan sejuk beku ini dilakukan secara besar-besaran,” katanya.

Dalam tinjauan di pasar tani berkenaan, Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor turut mengedarkan risalah Kempen Bebas Plastik dan larangan penggunaan produk berasaskan polisterin di pasar tani di Selangor. – BERNAMA

Tags: Irmohizam IbrahimLKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

26/12/2022
0

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd