• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Pesawat MH17 Tiba Di Kharkov, Ukraine

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa bahagian bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkov, Ukraine dengan trak semalam.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkov, Ukraine, lebih 300 kilometer dari Torez, dengan kereta api.

Kereta api 12 gerabak itu berlepas dari Torez pada pagi ini.

“Apabila bangkai pesawat tiba di Kharkov, pengangkutan ke Belanda akan disediakan. Pada ketika ini, tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana usaha mengangkutnya akan dijalankan,” katanya.

Pada 17 Julai lepas, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam pesawat itu. Kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.

DSB berkata usaha mengeluarkan bangkai pesawat itu dimulakan pada 16 November dan menemui seberapa serpihan di tapak nahas untuk tujuan siasatan.

“Walaupun berdepan kerumitan dan situasi keselamatan setempat, pasukan itu dapat meneruskan usaha seperti dirancang di bawah bimbingan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE),” kata kenyataan itu.

Ia berkata pasukan itu disokong oleh perkhidmatan tempatan dan usaha itu dilaksanakan melalui kerjasama yang baik.

Walaupun operasi mengeluarkan bangkai pesawat MH17 sudah selesai, DSB berkata masih ada serpihan di tapak nahas dan perkhidmatan tempatan akan mengeluarkannya dari kawasan nahas seperti dipersetujui oleh pasukan terbabit. – BERNAMA

 

 

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd