• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

35 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Ikrar Sekitar P.Pinang

oleh Ahmad Albab
07/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 35 warga asing termasuk 17 wanita dalam Ops Ikrar yang dijalankan di sekitar negeri itu, di sini semalam.

Jurucakap JIPP berkata dalam operasi membabitkan beberapa tapak pembinaan di tanah besar iaitu Permatang Pauh, Perai, Sungai Dua, Juru, Seberang Jaya dan Alma itu, seramai 16 orang termasuk tiga wanita ditahan.

“Operasi bermula dari 1 hingga 6 pagi dan memang JIPP memilih untuk menjalankan operasi ketika awal pagi di rumah kongsi tapak pembinaan bagi memastikan warga asing itu tidak melarikan diri.

“Namun ada antara mereka yang sedar penguat kuasa datang dan bersembunyi di siling rumah kongsi, tapi tindakan pantas kami membolehkan mereka ditahan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika operasi di bahagian pulau pula, mereka menahan 14 wanita dan lima lelaki yang kebanyakannya bekerja sebagai tukang masak dan pembantu kedai.

Jurucakap itu berkata 19 warga asing yang ditahan bekerja di kedai makan dan restoran sekitar Sungai Nibong, Jalan Pantai Jerejak, George Town, Jelutong, Gelugor dan Tanjung Bungah dekat sini.

Katanya mereka yang ditahan dalam dua operasi berasingan itu terdiri daripada 18 warga Indonesia termasuk 11 wanita, enam lelaki (Bangladesh), enam wanita (Kemboja), dua lelaki (Myanmar) dan masing-masing seorang lelaki Nepal, Thailand serta India.

“Pemeriksaan mendapati mereka tiada dokumen perjalanan diri dan permit kerja, tinggal lebih masa serta menyalah guna pas lawatan sosial.

“Kesemua mereka dibawa balik ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata dua majikan mereka turut diarahkan ke pejabat JIPP di Seberang Jaya bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd