• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komplikasi Khatan: Lesen Perubatan Boleh Digantung

oleh Ahmad Albab
07/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun beliau berkata siasatan terperinci serta menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap kes komplikasi berkhatan dan tindakan penggantungan itu akan dibuat sekiranya terdapat bukti mencukupi bahawa berlaku kecuaian.

“Tindakan kementerian (kesihatan) ada dua iaitu melalui MMC (Majlis Perubatan Malaysia) adakah tindakan itu (prosedur berkhatan) selaras dengan profesionalisme kedoktoran. Kalau dia (doktor) tidak sampai standard, kita boleh ambil tindakan dari segi kecuaian.

“Kedua amalan kesihatan di mana setiap klinik berdaftar mereka ada kewajipan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menjalankan operasi dengan baik, jika ada risiko daripada operasi mereka perlu mengawalnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Anam di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat dua kes komplikasi berkhatan dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun, apabila sebahagian daripada alat sulit mereka dilapor terputus semasa menjalani prosedur itu.

Dr Subramaniam berkata dua kes komplikasi berkhatan itu sedang dalam siasatan dan kementeriannya akan mengambil tindakan setelah siasatan selesai.

“Kementerian kita lihat daripada dua tindakan tadi, tetapi kalau pihak keluarga mahu ganti rugi dan sebagainya mereka kena ambil kes (bawa kes ke mahkamah), itu luar bidang kementerian,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan terdapat sebuah lagi kes komplikasi berkhatan berlaku di Selangor, beliau berkata kementeriannya akan menyiasat tentang dakwaan tersebut.

Katanya kadar kes komplikasi berkhatan adalah rendah di negara ini dan pernah terjadi pada masa lepas, namun dengan kemajuan teknologi maklumat terutama media sosial, kes ini disebar dengan luas serta pantas sehingga menjadi perhatian umum.- BERNAMA

Tags: Berkhatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Putus Kepala Zakar Dapat Pampasan RM150,000

23/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Nasib malang remaja lelaki berumur 19 tahun yang terpotong kepala alat zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu,...

Pegawai Terlibat Kes Saman Cuai Proses Khatan Dipanggil

01/12/2018
0

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan panggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana alami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd