• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Tunggu Laporan Polis Sebelum Ambil Tindakan

oleh AK-47
07/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menunggu laporan penuh daripada polis berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditinggalkan sendirian di sebuah rumah di Tampin, Negeri Sembilan awal hari ini.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ibu kanak-kanak tersebut di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 jika benar pengabaian berlaku terhadap mangsa.

“Kita akan buat keputusan berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan oleh polis dan kita akan dapatkan perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.

“Kanak-kanak tersebut kini diletakkan di bawah Unit Perlindungan JKM sementara menunggu hasil siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 1,111 mangsa banjir daripada 421 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Mohammad Hanafi Maulud.

Kanak-kanak lelaki itu ditemukan dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata kanak-kanak yang dipercayai ditinggalkan seorang diri sejak 6 petang semalam ditemui kira-kira pukul 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Ditanya mengenai banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu ketika ini, Azizah berkata beberapa pegawai dari Kedah dan Pulau Pinang telah diarahkan untuk berada di kawasan yang terjejas dengan bencana tersebut.

“Kebajikan mangsa turut terjaga selain kita turut mengadakan pelbagai aktiviti dan permainan bagi mengelak mangsa (terutama kanak-kanak) berasa trauma serta tertekan dengan musibah berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKPWKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd