• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sesumpah Uber/GrabCar: MAHB Tak Berdiam Diri

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak akan berdiam diri, sebaliknya merangka perancangan rapi untuk mengambil tindakan secara menyeluruh dalam usaha menangani isu dan masalah yang timbul di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang.

Antaranya, termasuklah masalah kesesakan di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang, serta yang terbaharu, isu melibatkan pemandu perkhidmatan e-hailing Uber dan GrabCar yang bertindak menjadi ulat apabila berada di kawasan berkenaan.

“Ia akan melibatkan kerjasama bersepadu antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak polis dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Sebelum ini memang sudah ada kerjasama, tetapi ia akan diperkukuhkan lagi dengan beberapa inisiatif akan diteruskan untuk memastikan kelancaran operasi di sekitar lapangan terbang,” demikian menurut sumber yang rapat dengan MAHB, tetapi enggan namanya didedahkan.

Difahamkan, MAHB sedar tentang isu yang didedahkan oleh mStar Online baru-baru ini mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 gara-gara persaingan tinggi untuk mendapatkan pelanggan.

Portal berita ini telah menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Ekoran pendedahan tersebut, kumpulan pemandu teksi bajet di KLIA2 menggesa MAHB memindahkan kedudukan mereka dari tingkat bawah yang didakwa tersembunyi, ke aras atas di balai ketibaan kerana mendakwa ‘sesumpah’ ini telah merampas penumpang mereka sekali gus menjejaskan periuk nasi pemandu-pemandu teksi di sana.

“Telah ada rancangan untuk perbincangan diadakan dengan Uber dan GrabCar berhubung perkara ini,” katanya.

Sumber itu berkata, antara langkah segera yang telah diambil adalah melarang mana-mana kenderaan daripada berhenti dan menunggu penumpang, terutamanya di pintu ketibaan.

“Pendekatan ‘tidak boleh menunggu’ telah lama digunakan. Sekarang pendekatan baharu sedang dilaksanakan iaitu ‘orang tunggu kereta’, bukan lagi ‘kereta tunggu orang’,” katanya.

Pelaksanaan pendekatan ini walaupun dilihat tegas tetapi sebenarnya lebih bersifat mendidik, sama ada penumpang atau orang yang mengambil penumpang, justeru ia akan mengambil sedikit masa.

Selain itu, difahamkan MAHB juga akan menggiatkan usaha untuk menggalakkan orang awam menggunakan kawasan menunggu khas yang dinamakan ‘Off Terminal Waiting Area’ yang terletak dekat dengan KLIA dan KLIA2.

Difahamkan, kawasan itu telah dibuka kira-kira setahun lalu dan ia terbuka untuk orang awam atau sesiapa sahaja yang mahu menunggu buat sementara waktu untuk menjemput penumpang dari lapangan terbang. – mStar Online

Tags: MAHBSesumpah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd